BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

FAQ

Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?

Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:- "Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13) Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepada maslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans


Apakah keindahan Takaful?

Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka .

Apakah itu Al-Wakalah?

Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini , dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP)

Apakah dana pelaburan di Takaful Ikhlas ?

Ini merupakan dana yang diambil daripada sumbangan peserta dan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam, Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan Tetap dalam Institusi Kewangan Islam

Apakah perbezaan utama di antara Akaun Pelaburan Peribadi (PIA), Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Am (GRIA)?

PIA adalah dan untuk produk Takaful Keluarga yang mengandungi cirri-ciri perlindungan dan pelaburan tetapi Dana PRIA dan GRIA hanyalah untuk produk Takaful Am yang mengandungi ciri-ciri perlindungan sahaja

Sila terangkan mengenai Dana Akaun Ta'awuni.

Dana Akaun Ta'awuni terdiri darpada tiga (3) dana utama:-

a. Dana Perbelanjaan
Dana Perbelanjaan merupakan dana untuk membayar perbelanjaan engurusan,retakaful dan simpanan untuk tujuan teknikal. Menerusi konsep Al-Wakalah yang digunakan di dalam Dana Ta'awuni, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan daripada dana ini.

b. Dana Risiko
Dana Risiko merupakan dana untuk membayar tuntutan-tuntutan.

c. Dana Khas
Dana Khas merupakan dana khas untuk membantu syarikat supaya tidak bergantung kepada retakaful.

Apakah prosedur untuk tuntutan Takaful Keluarga?
Dilanda tragedi dalam kehidupan?, Adakah anda salah seorang daripada peserta kami? Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu. Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan. Antaranya:-

• Tuntutan Kematian
• Perbelanjaan Kematian Serta-merta
• Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
• Manfaat Hospital (HB)
• Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
• Penyakit Kritikal
• Manfaat Pendapatan Keluarga

Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga

1. Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi talian 03-78011323 /1327 untuk mendapatkan borang tuntutan.

2. Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka) yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar berdasarkan keadaan berikut:-

a)Wasi
Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).

b) Hibah Yang Dicadangkan
Keterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat. Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

c) Orang Yang Diamanahkan
Keterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh Orang (mereka) yang diamanahkan.

3. Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.

4. Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan Takaful IKHLAS.

5. Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.