BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PROFIL SYARIKAT

Profil Syarikat

 i-    Nama syarikat       :   ZAT AZZA FINANCIAL SERVICES & CONSULTANCY
ii-   Tarikh didaftarkan   :  14 Mei  2002 
iii-   No. pendaftaran     :  NS0001940-P
iv-   Web                     :  www.takafulzat.blogspot.com      


IBU PEJABAT:



ZAT AZZA FINANCIAL SERVICES & CONSULTANCY
NO 111 , JALAN S2 G2
GARDEN AVENUE
SEREMBAN 2

PUSAT JUALAN :

ZAT AZZA FINANCIAL SERVICE & CONSULTANCY
FF 16 , PLAZA AMPANGAN
BANDAR BARU AMPANGAN
SEREMBAN 

 ZAT AZZA Financial Services & Consultancy

Syarikat ini ditubuhkan untuk menyediakan pusat sehenti bagi perkhidmatan takaful keluarga dan am, serta saham amanah Islam. Ditubuhkan pada tahun 2002 kini mempunyai 3 pekerja tetap dan 20 orang wakil takaful yang aktif. Diterajui oleh konsultan kewangan berpengalaman yang pernah berkhidmat dan menerajui industri kewangan selama 20 tahun. Setelah beroperasi selama 7 tahun, kini, lebih 2000 individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta).

       Visi:

ZAT AZZA Financial Services & Consultancy berazam untuk berfungsi sebagai Pusat Khidmat Takaful  terpilih yang menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan dan saham amanah Islam berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.

      Misi

Kami beriltizam untuk  berfungsi sebagai  Pusat Khidmat Takaful yang memberi perkhidmatan sehenti yang berkualiti bagi syarikat TISB, Etiqa dan TM melalui warga kerja yang cekap dan persekitaran yang kondusif. Perlaksanan perniagaan akan berteraskan kefahaman yang jelas mengenai keperluan pelanggan serta mengutamakan kepuasan pelanggan dengan berlandaskan nilai-nilai Islam. Kami berusaha agar dapat menyediakan  kepakaran dalam perkhidmatan perlindungan kewangan dan saham amanah Islam terbaik di Negeri Sembilan.



Syarikat yang diwakili

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) -sila rujuk:  www.takaful-ikhlas.com.my

Etiqa Takaful -sila rujuk:  www.etiqa.com.my

Takaful Malaysia-sila rujuk: www.takafulmalaysia.com.my

Public Mutual (Saham Amanah Islam ) sila rujuk: www.publicmutual.com.my