BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

BULETIN TAKAFUL

Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans

Sumber: Berita Harian, 11hb April 2011
Umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah secara persendirian tidak akan diwajibkan untuk membeli pakej lengkap perlindungan insurans daripada ejen pelancongan sah dan berlesen kerana ia lebih baik jika ditawarkan sebagai pakej pilihan supaya tidak membebankan jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata adalah lebih baik ia ditawarkan secara pilihan kepada peserta yang menunaikan haji dan umrah secara persendirian kerana ia adalah hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan diinginkan. Beliau berkata, kerajaan melalui pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) juga tidak pernah mengenakan sebarang kos tambahan bagi membiayai takaful kepada jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui agensi berkenaan. “Bagaimanapun, jika ada pihak lain yang mahu memperkenalkannya itu adalah baik tetapi saya rasa biar ia ditawarkan sebagai pilihan kepada bakal haji yang memerlukan perkhidmatan itu.
“Saya perlu jelaskan kerana saya juga menerima rungutan daripada orang ramai yang keliru kerana menganggap ia turut dikenakan ke atas bakal haji yang pergi melalui Tabung Haji.
“Kita tidak pernah kenakan pakej tambahan ini kerana pakej tambang yang kita tawarkan merangkumi semua, termasuk perlindungan takaful dengan bayaran bernilai RM10 setiap seorang peserta,” katanya selepas melancarkan cawangan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini, semalam.
Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Khalid Harun dilaporkan berkata, syarat itu selaras ketetapan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992 yang mewajibkan jemaah haji dan umrah mendapat perlindungan takaful

Takaful Malaysia tubuh pusat pembelajaran agensi

Sumber: Berita Harian, 11hb Januari 2011
Syarikat Takaful Malaysia Bhd akan menubuhkan pusat pembelajaran agensi dikenali Takaful myStar Academy dalam usaha mencapai sasaran 2,500 ejen tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil, berkata bilangan ejen agensi Takaful Malaysia meningkat kepada 800 ejen aktif dengan 45 Peneraju Agensi yang berdedikasi sejak memperkenalkan Wakalah atau model agensinya pada Mac tahun lalu.
“Agensi Runcit akan mengambil lebih ramai peneraju agensi untuk mencapai sasaran kepada 100 agensi secara keseluruhannya.
“Melalui sasaran ini, syarikat merancang lebih banyak aktiviti bagi meningkatkan pertumbuhan bilangan ejen agensi, termasuk pasaran bergerak bagi melaksanakan pengambilan pekerja yang agresif di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mohamed Hassan berkata, pelbagai fakulti latihan khusus disediakan kepada ejen syarikat menerusi pusat pembelajaran itu.
“Modul profesional terpilih yang khusus ini akan membantu ejen kami meningkatkan pengetahuan produk, jualan dan kemahiran mereka di samping membuka potensi mereka kepada kecemerlangan dalam perniagaan agensi ini,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Takaful Malaysia turut mengumumkan pelantikan Mohd Suhaimi Ahmad yang memiliki pengalaman bekerja lebih 17 tahun dalam industri insurans khususnya agensi runcit sebagai Pengurus Besar Agensi Runcit.
Beliau berkata, bagi 2011 ini, Takaful Malaysia menyasarkan meraih lebih 30,000 kes untuk takaful keluarga individu baru dengan jumlah sumbangan sasaran sekurang-kurangnya RM750 juta pada tahun akhir kewangan.
“Perniagaan agensi memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah pertumbuhan syarikat,” katanya.

Takaful Ikhlas Sdn Bhd memenangi anugerah "Penyedia Takaful Terbaik" dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.

Takaful IKHLAS Dinobat Penyedia Takaful Terbaik Euromoney 201024 Feb 2010 


 KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd memenangi anugerah "Penyedia Takaful Terbaik" dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.Dalam satu kenyataan hari Selasa, syarikat itu berkata majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Landmark Hotel, London.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheed Syed Kamarulzaman berkata anugerah tersebut membuktikan komitmen Takaful Ikhlas untuk memperkasakan statusnya sebagai penyedia utama bagi perkhidmatan perlindungan kewangan yang berdasarkan prinsip dan nilai Islam."Anugerah yang diterima ini secara tidak langsung meletakkan jenama Takaful Ikhlas di kedudukan kemuncak yang membabitkan perkhidmatan perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip dan nilai Islam," katanya.Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2010 disifatkan sebagai penghargaan tertinggi dalam kalender kewangan Islam dan pengiktirafan tahunan bagi prestasi luar biasa, kualiti, perkhidmatan serta inovasi dalam sektor berkenaan.Takaful Ikhlas merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd.-- BERNAMA

Takaful Ikhlas yakin raih RM100 juta

Sumber: Utusan Malaysia, 7hb April 2011
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) yakin meraih sebanyak RM100 juta melalui pelan takaful berkaitan pelaburan bankatafulnya pada tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi jualan yang kukuh pada tahun lalu.
Beliau tidak menolak pelan itu menerima permintaan kukuh disebabkan kelebihan produk tersebut yang menggabungkan pelaburan dengan perlindungan nyawa.
‘‘Ia bermakna pelaburan ini memberi peluang kepada para pelabur menggunakan sebahagian sumbangannya untuk perlindungan takaful dan bakinya dilaburkan dalam pelan berlandaskan Syariah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Syed Moheeb menambah, ia melabur sehingga 50 peratus daripada nilai aset bersih (NAB) dalam aset asing.
Takaful Ikhlas berkata, produk bankatakaful itu menawarkan jumlah perlindungan di bawah RM250,000 untuk peserta yang berumur tidak melebihi 60 tahun.
Bagi premium tunggal, para peserta hanya perlu membayar sebanyak RM500 sebulan dan asas tetap pula RM200 sebulan.
Menurut beliau, pelan takaful berkaitan pelaburannya menerima sambutan cukup baik kerana ia menawarkan pulangan secara ekuiti dan tunai yang kompetitif.
‘‘Sejak dilancarkan pada 2008, pelan takaful berkaitan pelaburan itu telah memberi pulangan sebanyak 32.5 peratus atau 14 peratus tahun ke tahun.
‘‘Pulangan tunai pula adalah 6.3 peratus,’’ ujar beliau.
Menurutnya, buat masa ini ia menjalinkan pakatan dengan sebuah bank tempatan dan telah mempunyai langganan sebanyak 19,000 pelanggan.
Syed Moheeb menambah, Takaful Ikhlas dijangka meningkatkan pakatannya dengan dua lagi bank pada Oktober tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti institusi perbankan tersebut.
Jelasnya, Takaful Ikhlas mempunyai keupayaan untuk meluaskan operasi bankatafulnya kerana memiliki sistem yang mampu melaksanakan urus niaga dan transaksi pada waktu sebenar.
Beliau berkata, ia telah menjalinkan kerjasama dengan FWU AG, pereka produk inovatif untuk sektor perkhidmatan kewangan bagi menyelaraskan transaksi dan urus niaga itu.
Takaful IKHLAS pengendali takaful terbaik 2010
Rujukan Utusan Malaysia, 20 Disember 2007 Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH PETALING JAYA 16 Dis. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yakin muncul antara syarikat pengendali takaful terbaik dalam industri takaful di negara ini menjelang tahun 2010. Presidennya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan syarikat yang di luar jangkaan, walaupun baru lima tahun beroperasi. Malah, bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 31 Mac 2008, beliau optimis, kutipan premium kasar akan terus melonjak melebihi RM75 juta berbanding tahun lalu. “Kami jangka dapat melepasi sasaran kutipan sebanyak RM320 juta pada bulan kesepuluh beroperasi iaitu pada Januari 2008,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini. Apabila ditanya sama ada pertumbuhan itu terlalu pantas, beliau berkata, Takaful IKHLAS telah ditubuhkan pada 2003 dengan persediaan perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang pada ketika itu. “Kami akan memperkukuhkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk menghadapi cabaran daripada tujuh syarikat pengendali takaful di negara ini,” tambahnya. Pada tahun lalu, Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad (MNRB) mengutip premium berjumlah RM224 juta. Namun, kutipan premium bagi tempoh tujuh bulan tahun ini meningkatt keoada RM225 juta, manakala pada bulan seterusnya, syarikat itu telah mencatat kutipan sebanyak RM265 juta. “Jumlah premium tahun ini mengatasi kutipan premium pada tahun lalu sebanyak RM41 juta, hanya selepas lapan bulan beroperasi pada tahun kewangan ini,” katanya. Syed Moheeb berkata, pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh sokongan padu pihak bank, kematangan agensi dan skim kumpulan secara langsung menerusi broker dan ejen korporat untuk menggambarkan kredibiliti syarikat sebagai pengantara yang cekap. “Kami akan meneruskan misi syarikat dengan berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” jelasnya. Beliau berkata, tiga cawangan baru pejabat Takaful IKHLAS akan dibuka dalam waktu terdekat ini. Katanya, cawangan di Putrajaya akan memulakan operasi Januari ini, manakala cawangan di Kuantan dan Melaka akan dibuka selepas Tahun Baru Cina tahun depan. Pada masa ini Takaful IKHLAS beroperasi di enam cawangan iaitu Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sungai Petani. “Mungkin tidak seperti pengendali takaful yang lain, kami tidak memerlukan pejabat cawangan yang terlalu banyak. “Namun yang penting ialah membuka memilih lokasi yang strategik di negeri terbabit sebagai pejabat wilayah,” katanya. Menurutnya, Takaful IKHLAS juga merasakan keperluan untuk memberi perkhidmatan sokongan di bandar-bandar kecil dapat disempurnakan melalui kecekapan perkhidmatan agensi dan penggunaan teknologi dalam operasi terutamanya sistem teknologi maklumat (IT). Ketika mengulas mengenai perancangan 2008, Syed Moheeb berkata, syarikat akan menumpukan usaha untuk mengadakan pakatan strategik dengan lebih banyak institusi kewangan